Awang Selamat: Lebih seksi dan macho jadi pembangkang

 Awang Selamat


Awang Selamat : Seksi Dan Macho Jadi Pembangkang

Awang Selamat, lidah pengarang akhbar milik pembangkang Umno menulis analisis "Mahathir dan cabarannya" pada pojoknya di akhbar Mingguan Malaysia semenjak kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14.

Awang Selamat memulakan tulisannya dengan mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh.

"Apa yang diramalkan sebelum ini sukar berlaku telah menjadi kenyataan. Penguasaan BN yang diketuai Umno selama enam dekad akhirnya lebur.

"Berilah peluang kepada Dr Mahathir dan kerajaan baharu membuktikan kemampuan pada era mencabar ini," tulis pojok itu.
 Vegasslots88
Dalam tulisan itu lagi, Awang Selamat mengingatkan Dr Mahathir cabaran mentadbir negara dalam era media sosial hari ini.

"Satu lagi cabaran Dr Mahathir ialah beliau kini mentadbir kerajaan di dalam era media sosial berbanding ketika pertama menjadi perdana menteri.

"Walaupun berpengalaman luas selama 22 tahun, situasi jauh berlainan dengan rakyat semakin kritis, berani dan bertindak sebagai wartawan di media sosial," kata Awang Selamat.

Pojok itu juga memberitahu realiti sekarang HARAPAN bukan lagi pembangkang.

"Dengan perkataan lain, lebih mudah, seksi dan macho menjadi pembangkang berbanding kerajaan.

"Realitinya Pakatan Harapan bukan lagi pembangkang...," tulis pojok itu.

Awang Selamat juga menasihatkan, "pihak yang menang jangan terlalu gembira dan yang kalah usah berduka."

Namun demikian, Awang Selamat yakin Umno akan bangkit semula.

"Ketika ramai meramalkan parti itu berkubur selepas ini dengan pelbagai hujah, Awang yakin Umno akan bangkit semula kerana penolakan terhadap parti itu bersifat sementara.

"Maka parti itu perlu melakukan muhasabah dan pembetulan demi memulihkan kekuatan dan pengaruhnya.

"Umno belum kalah semua apatah lagi rangkaian akar umbinya masih kukuh," tulis pojok itu lagi.