Rokok seludup bernilai RM3.6j dirampas

 Rokok Selundup

125,360 batang rokok seludup bernilai RM70,000 dirampas

Malaysia Online News, JOHOR BAHRU | Kastam Johor berjaya membongkar satu kegiatan penyeludupan rokok putih bernilai hampir RM3.6 juta termasuk cukai menerusi satu serbuan di Sungai Ambat, Mersing, 30 April lalu.

Difahamkan, serbuan hasil maklumat risikan sejak tiga bulan lalu itu dilakukan di sebuah kontena stor simpanan sementara yang disorokkan dalam sebuah ladang kelapa sawit di kawasan berkenaan.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, kejayaan rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan pihaknya dalam tahun ini selain dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan berskala besar dalam negara.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tangkapan yang berjaya dibuat kerana disyaki mereka yang terlibat telah melarikan diri terlebih dahulu sebelum Kastam sampai di lokasi tersebut.

"Rokok yang disimpan sekitar kawasan kontena ini dipercayai dibawa masuk melalui jalan laut dari negara jiran disyaki Indonesia. Ia kemudiannya di simpan di stor kontena ini untuk sementara sebelum mula diedarkan dalam pasaran negara.

"Sebanyak 649 kotok yang mengandungi 6,410,000 juta batang rokok bernilai RM769,200 dan membabitkan cukai kastam RM2,927,062.40 telah disita dalam serbuan ini.

"Ini adalah rampasan terbesar yang dilakukan pihak kami buat masa ini dan saya tidak menolak kemungkinan ia ada terbabit dengan beberapa sindiket penyeludupan. Mereka juga dipercayai bergerak secara kumpulan dan dilindungi oleh orang-orang tertentu," katanya pada sidang media di Menara Kastam Johor, di sini, sebentar tadi.

Datuk Mohammad Hamiddan berkata, turut disita dalam serbuan terbabit adalah sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipercayai kereta ingin dilupuskan daripada Singapura namun menggunakan nombor pendaftaran palsu.
 Vegasslots88
Katanya, rokok yang dirampas tersebut juga dipercayai mampu menjadi bekalan untuk tempoh tertentu bagi Johor, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pantai Timur.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 atas kesalahan dengan sengaja (menyedari) melindungi, menyimpan atau menyembunyikan barang-barang tak berkastam atau larangan.

"Barangan kemudiannya di bawa ke Pejabat Kastam Mersing untuk tindakan lanjut," katanya.