Polis Thailand Rampas 10 Juta "Pil Kuda"

 Pil Kuda

Malaysia Live Betting Live Casino Slot Game Online Slot Game Welcome Bonus Malaysia Online Slots Game

Rampas 10 Juta Pil Kuda Di Negara Thailand 

Malaysia Online News, BANGKOK | Polis Thailand menemui sebanyak 10 juta ‘pil kuda’ buatan Myanmar dan hampir setengah tan dadah jenis methamphe­tamin kristal yang disorok di dalam bungkusan teh semasa menggeledah sebuah konvoi kereta di Bangkok, kata pihak berkuasa semalam.

Dadah dianggarkan bernilai kira-kira AS$45 juta (RM177.8 juta) di pasaran gelap itu cuba diseludup melalui ‘koridor narkotik’ Thailand dari Ayutthaya menuju ke Bangkok sebelum menghala ke selatan dan memasuki Malaysia.

Polis mengekori konvoi terdiri daripada empat buah kereta itu dari Ayutthaya yang menjadi ‘gudang’ utama dadah yang dihasilkan dari makmal-makmal methamphetamin di Myanmar.

Pihak berkuasa membuat serbuan sebaik sahaja konvoi kereta itu tiba di pusat bandar Bangkok lewat kelmarin. Menurut polis, dadah itu disorok dalam bungkusan teh jenama China dan sejumlah bungkusan berisi pil.

“Enam suspek warga Thailand yang dibayar untuk membawa dadah itu sudah ditahan,” kata Ke­tua Polis Thailand, Jeneral Chaktip Chaijinda kepada pemberita sambil menambah, sebahagian dadah itu adalah ‘untuk diseludup ke negara-negara asing’

“Ia (dadah) milik kumpulan pemberontak Wa,” kata beliau yang merujuk kepada kumpulan entik Wa di negeri Shan, Myanmar. Rantau itu merupakan lokasi pengeluaran dadah kedua terbesar dunia.
 Vegasslots88
Pil Kuda merupakan dadah methamphe­tamin yang mengandungi campuran kafein dan digunakan di seluruh Asia, daripada pengunjung disko­ hinggalah kepada pemandu lori.

Zon Segi Tiga Emas di sempadan Myanmar, Laos, Thailand dan China­ yang menjadi pusat penge­luaran dadah itu dipercayai me­ningkatkan pengeluarannya.

 Polis Thailand

Lebihan bekalan dadah dari Myanmar itu meng­akibatkan harga pil kuda turun kepada kira-kira A$3 (RM11) sebiji di Thailand.

Selain itu, ketagihan terhadap dadah yang lebih kuat atau methamphe­tamin kristal yang juga dikenali sebagai ‘ice’ juga semakin meningkat di rantau Asia Tenggara.

Harga satu kilogram ‘ice’ adalah sekitar AS$30,000 (RM118,520) di Thailand, namun harganya melambung tinggi selepas dipindahkan ke rantau lebih jauh.