PRU14 - Najib : Kami terima keputusan rakyat

 Najib

Malaysia Live Betting Live Casino Slot Game Online Slot Game Welcome Bonus
Kuala Lumpur | “Saya menerima, rakan-rakan saya (dalam BN) menerima, keputusan rakyat. Kami terima keputusan yang dibuat rakyat, dan BN akan terus komited kepada menghormati prinsip-prinsip demokrasi,” katanya pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Dan kini, ujar Presiden UMNO itu lagi, rakyat akan memantau dan melihat sama ada Pakatan Harapan benar-benar dapat menunaikan janji itu, seandainya mereka sah menjadi Kerajaan Persekutuan nanti.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan BN telah cuba sedaya upaya memastikan kebajikan rakyat terus terbela, di samping memastikan negara terus maju dari satu tahap, ke tahap yang seterusnya.

“Sejak saya ambil alih kerajaan pada tahun 2009, kami telah cuba sedaya upaya meningkatkan kualiti hidup rakyat, dan menentukan masa depan lebih baik untuk rakyat dan generasi akan datang.

 PRU14

“Lebih tiga juta pekerjaan diwujudkan, kadar kemiskinan pada tahap paling rendah, kita telah bangunkan infrarakyat, ekonomi Malaysia dipacu kepada tahap pertumbuhan yang boleh dibanggakan dan mendapat pengiktirafan badan seperti International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia.

“Dan rakyat, secara inklusif telah mendapat begitu banyak faedah melalui pelbagai inisiatif program yang dilaksanakan kerajaan BN,” katanya.

Berucap lanjut, Najib berkata, keputusan yang dicapai dalam PRU itu sekali gus membuktikan fitnah dan hasutan bahawa BN akan lakukan apa saja untuk memenangi pilihan raya adalah tidak benar sama sekali.

“Ada juga dakwaan kononnya saya dan rakan-rakan telah merancang untuk mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara malam tadi, dia sebut pukul 10 malam, dalam tweet, untuk isytihar darurat.

“Itu satu lagi contoh hasutan pada rakyat, satu pembohongan, di mana, tidak ada mesyuarat majlis keselamatan negara, dan memang tidak ada panggilan mesyuarat sama sekali,” katanya lagi.

Dalam ucapannya, Najib turut melahirkan penghargaan kepada semua pemimpin BN, baik di peringkat nasional ataupun di peringkat akar umbi, yang bertungkus lumus menggerakkan kempen sempena PRU14.

SPONSOR BY :






Vegasslots88 : 100% Trusted Online Company in Malaysia.
Pelbagai Permainan Aplikasi Online Terhangat dalam Malaysia!
Deposit Min RM10
Withdraw Min RM10
Website     : http://bit.ly/2Kjxdmi 
Wechat      : vegasslots88
Facebook  : https://bit.ly/2vXKvBS
                     https://bit.ly/2r8Y5g2
LIVE CHAT 24 jam