Pemeriksaan rapi di pintu keluar ibu pejabat SPRM

 Pemeriksaan rapi

Kawalan rapi di pintu keluar ibu pejabat SPRM

Malaysia Online News | Setiap kenderaan yang keluar dari pintu utama bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dekat Presint 7, di Putrajaya melalui pemeriksaan ketat oleh anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Satu video yang dimuat-naikkan oleh akhbar itu menunjukkan anggota keselamatan membuka but setiap kenderaan sebelum dibenarkan meninggalkan bangunan itu.
 Vegasslots88
Tidak pasti mengapa pemeriksaan ini dilakukan dan jika Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzukefly Ahmad masih bertanggungjawab sepenuhnya.

Difahamkan, arahan untuk pemeriksaan itu dikeluarkan hari ini oleh pengurusan tertinggi SPRM, namun tidak dimaklumkan sehingga bila ia diteruskan.

Sumber memberitahu, pemeriksaan itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang dokumen rahsia dibawa keluar tanpa kebenaran.

SPRM menjadi tumpuan sebaik sahaja Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri pada Khamis lalu dan berjanji akan melaksanakan reformasi.

Jumaat lalu, Mahathir, dalam ucapan dasar tidak rasmi, berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kepimpinan atasan SPRM menyaksikan perubahaan jika didapati bahawa badan pencegah rasuah itu berlaku tidak adil.


"Kita akan kaji sama ada SPRM adil atau tidak. Jika kita dapati bahawa mereka berat sebelah selama ini dalam apa jua cara, termasuk terhadap diri kita sendiri, kita perlu menukar mereka.

"Seperti yang dijanjikan, semua ketua (agensi) utama yang baru akan disaring oleh parlimen," katanya.