Seorang Lelaki Ditembak Anjing Peliharaan

 Pit Bull

Anjing Peliharaan Tembak Seorang Lelaki Ketika Bermain

Malaysia Online News, WASHINGTON | Anjing menggigit manusia bukan lagi dianggap sebagai satu berita, tetapi keadaan berbeza berlaku pada seekor anjing kacukan labrador dan pit bull milik Richard Femme dari Fort Dodge di sini.

Lelaki berusia 51 tahun itu 'ditembak' anjing dikenali sebagai Balew itu ketika sedang bermain-main bersama haiwan berkenaan.

Beliau sedang menyuruh anjingnya melompat ke atas riba apabila Balew secara tidak sengaja memetik picu keselamatan pada pistol 9mm yang tergantung pada tali pinggang tuannya.

"Saya sedang berbaring di atas sofa dan kami sedang bermain. Saya mengangkat Balew dan anjing itu melompat ke atas riba.

"Ketika Balew melompat, salah satu jari kaki terkena picu keselamatan pistol sebelum ia meletup," katanya kepada akhbar The Messenger selepas dibenarkan keluar dari hospital.
 Vegasslots88
Menurut Femme, pistol berkenaan memiliki picu keselamatan serta picu keselamatan ibu jari dan Balew secara tidak sengaja berjaya membuka kedua picu berkenaan.

"Saya tertembak di bahagian kaki tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya.